Hiburan

Katy Perry dah jumpa pengganti, dakwa jalin hubungan dengan bekas PM Kanada

BARU sebulan mengumumkan perpisahan, penyanyi Katy Perry didakwa sedang menjalinkan hubungan mesra bersama bekas Perdana Menteri (PM) Kanada iaitu Justin Trudeau.

Memetik laporan TMZ, pada Selasa pasangan itu dilihat makan malam bersama di sebuah restoran mewah Le Violon di kawasan Plateau, Montreal, Kanada.

Mereka dikatakan meluangkan masa lebih dua jam menikmati hidangan istimewa seperti lobster, tuna, gnocchi, tartare, dan daging kambing.

Antara foto yang tersebar dalam kalangan peminat.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh