PENYERANG muda Manchester United, Rasmus Hojlund menegaskan komitmennya untuk terus berjuang merebut tempat dalam kesebelasan utama walaupun kelab itu kini giat memburu penyerang baharu menjelang penutupan jendela perpindahan musim panas ini.
Pemain antarabangsa Denmark itu menjaringkan satu gol dalam kemenangan 4-1 ke atas Bournemouth dalam aksi pramusim di Chicago, Amerika Syarikat namun pengurus, Ruben Amorim tidak dapat memberikan jaminan mengenai masa depan Hojlund di kelab itu.
“Saya rasa perkara paling penting untuk saya ialah terus bekerja keras dan kekal fokus. Rancangan saya sangat jelas, saya mahu kekal dan berjuang mendapatkan tempat saya, apa pun yang berlaku,” katanya selepas perlawanan tersebut.







