PELAKON Chacha Maembong belum bersedia untuk mendedahkan identiti jejaka yang sedang dikenalinya sejak lebih tiga tahun lalu.
Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 29, berkata kali ini dia mahu menjaga privasi pasangannya kerana bimbang jika terlalu terbuka hubungan itu akan berakhir seperti pengalaman terdahulu.
“Ya, saya sedang berkawan dengan seseorang, tetapi buat masa ini saya tak mahu dedahkan identitinya.






