TERUS komited dalam menyampaikan dakwah, kumpulan nasyid Rabbani tampil lebih kreatif untuk memikat hati orang ramai terutama golongan muda.
Biarpun begitu, mereka tidak mahu sebarang kandungan yang dimuat naik di media sosial boleh mengundang kontroversi termasuk video trend ‘goyang bahu’ seperti dikongsi sebelum ini.
Menurut ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz, niat mereka hanya untuk menyampaikan dakwah dalam cara yang lebih santai dan mudah difahami.







