Viral

[VIDEO] Pelajar pukul guru angkara ditegur ponteng kelas di Kajang direman 2 hari

SEORANG pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas didakwa menumbuk dan mengugut gurunya hanya kerana ditegur ponteng kelas Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah menengah di daerah Kajang, Selangor.

Insiden tersebut dipercayai berlaku baru-baru ini dan telah tular di media sosial selepas dimuat naik akaun Facebook,Penang Press dengan kapsyen menyindir ‘jika tiada hormat kepada guru, hidup pasti kecundang tanpa ilmu’.

Menerusi video berdurasi 39 saat itu menunjukkan berlaku pergelutan antara pelajar berkenaan dengan seorang guru lelaki sebelum remaja terbabit dilihat menumbuk muka individu tersebut.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh