TULAR satu video di media sosial pada Isnin memaparkan pergaduhan melibatkan sekumpulan wanita.
Menerusi video yang dikongsikan oleh VideoViral Malaysia di laman Facebook, situasi itu dipercayai berlaku ketika Hari Sukan Persatuan Keluarga Polis (Perkep).
Berdasarkan video berdurasi satu minit 42 saat itu, pertelingkahan tersebut dipercayai berlaku akibat ketidakpuashatian ketika acara sukan bola jaring berlangsung.





