APA agaknya reaksi pengadil berdepan ribuan penyokong di stadium jika Video Bantuan Pengadil (VAR) bermasalah gara-gara tiada line dan masalah teknikal? Malu besar mungkin.
Cuma, terlalu awal untuk memberikan pandangan skeptikal berhubung perkara itu. Orang kampung kata, belum cuba belum tahu.
Pemerhati sukan tanah air, Datuk Dr Pekan Ramli menyifatkan pelaksanaan sistem VAR secara jarak jauh oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebagai langkah bijak dan kos efektif, namun memerlukan sokongan teknikal serta infrastruktur komunikasi yang mantap.






