PERANCANGAN Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk melaksanakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) secara jarak jauh atau ‘remote VAR’ disifatkan sebagai langkah bijak dan menjimatkan kos oleh pemerhati sukan tanah air, Datuk Dr. Pekan Ramli.
Menurutnya, pendekatan tersebut mampu mengurangkan kebergantungan kepada logistik rumit, khususnya bagi perlawanan di Borneo seperti di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, Stadium Negeri, Kuching, Sarawak dan Stadium Nasional Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, Brunei.
“Pelaksanaan VAR jarak jauh ini adalah bijak dan kos efektif kerana ia mampu mengurangkan keperluan logistik yang tinggi,” katanya kepada Majoriti.






