TULAR di media sosial isu membabitkan warga asing yang didakwa menunggang motosikal roda tiga tanpa lesen di lebuh raya sekitar Puchong, Selangor, sekali gus mengundang kemarahan warga maya.
Rakaman video yang dikongsikan oleh Magnito GE di laman Facebook itu menunjukkan beberapa individu warga asing didakwa menggunakan kenderaan tersebut secara bebas.
Aksi mereka yang menunggang motosikal tanpa lesen dan mematuhi undang-undang jalan raya nyata menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna tempatan.





