PENYANYI Nikki Palikat memaklumkan hubungannya dengan jejaka asal Perancis sudah berakhir kira-kira enam bulan lalu.
Nikki atau Nicollete Louise Palikat, 40, berkata, ini merupakan kali pertama dia hidup bersendirian tanpa pasangan dalam tempoh 15 tahun.
Ujar Nikki, dia mahu mengecapi kehidupan sendiri tanpa memikirkan komitmen bersama teman lelaki atau suami.







