MESKIPUN belum ditayangkan, namun drama adaptasi novel popular Thariq Ridzuwan: His Treasure berdepan desakan boikot daripada peminat tegar karya asal.
Kontroversi tercetus apabila pengarah drama berkenaan, Eyra Rahman, didakwa bersikap angkuh selepas memberi komen sinis terhadap penulis asal novel tersebut, Huda Najwa pada sidang media yang berlangsung pada 10 Jun lalu.
"Penulis dengan angan-angan yang dia tak perlu fikir, macam mana nak shoot, macam mana nak bajet. Saya tak salahkan penulis.

Peminat novel meluahkan rasa bengang dengan kenyataan Eyra.






