MENJELANG Konsert Insomniacks: Echoes Of A Dream yang bakal berlangsung esok, anggota kumpulan Insomniacks mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri masing-masing.
Menurut vokalisnya, Iqie atau nama sebenarnya Syed Mir Iqbal, 28, dia bersama dua lagi anggota iaitu Wan Arif Iskandar (bes) dan Danial Lee Hashim (gitar) lebih selesa meluangkan masa di rumah berbanding keluar bersosial bersama rakan-rakan.
“Kami memang jaga kesihatan. Dah beberapa bulan tak lepak di luar, hanya duduk di rumah atau ke gim sahaja.

Insomniacks teruja mahu bertemu peminat.






