PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menganjurkan Majlis Penyerahan Watikah Briged Seni Kreatif APM di Studio Sound Stage, Finas, Hulu Kelang, Kuala Lumpur pada malam Khamis.
Dua selebriti terkenal tanah air iaitu Datuk Awie dan Datuk Afdlin Shauki telah dilantik sebagai Leftenan Kolonel Bersekutu APM bagi menerajui pasukan mobilisasi bersepadu yang menggabungkan elemen seni persembahan, komunikasi visual dan kreatif.
Menurut Awie atau Ahmad Azhar Othman, 57, dia tidak menyangka dilantik sebagai ahli APM bersekutu dan berharap dapat menyalurkan ilmu serta pengalaman dalam menjayakan kerjasama ini.

Majlis Penyerahan Watikah Briged Seni Kreatif APM berlangsung di Studio Sound Stage, Finas.






