PELAKON Ainina Ahmad B mengaku dia individu yang meminta namanya dikeluarkan daripada penerima Lembaga Zakat Selangor (LZS) selepas pemergian anak istimewa, Nur Ara Elisya pada bulan lalu.
Ainina, 56, berkata, sebelum ini dia terbuka menerima bantuan zakat kerana memikirkan keperluan anak perempuannya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).
“Selepas anak meninggal dunia saya rasa serba salah untuk terus menerima bayaran bantuan bulanan daripada LZS. Ketika arwah hidup saya memang tidak bekerja kerana fokus menjaganya.







