PELAKON Ezlisa Loy memilih untuk tidak memanjangkan isu busana pengantin yang didakwa menyerupai gaun perkahwinan pempengaruh Ally Mukhriz.
Menurut Ezlisa, 29, dia enggan mengulas lanjut kerana bimbang kenyataan yang diberikan disalah tafsir dan menjejaskan keharmonian rumah tangga yang baru dibina.
Sebaliknya Ezlisa hanya mahu memuji baju songket biru rekaan Samm Republic itu kerana sudah berusaha keras demi memastikan hari bahagianya berlangsung indah.







