Hiburan

Bella Astillah janji persembahan istimewa, teruja kongsi pentas dengan mendiang Glenn Fredly

PENYANYI Bella Astillah antara penyanyi yang bakal membuat persembahan sempena konsert Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia pada 18 Julai ini di Zepp Kuala Lumpur.

Meluahkan rasa teruja, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, juga mengakui lagu-lagu mendiang Glenn banyak memberi inspirasi buatnya dalam berkarya.

“Glenn merupakan antara penyanyi kegemaran saya sejak dahulu. Sejak kecil lagi saya memang sudah mengenali sebahagian besar daripada karyanya memandangkan muzik yang dipertaruhkan juga berbeza.

Antara barisan artis yang akan menyerikan konsert Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh