SATU kategori baharu diperkenalkan sempena penganjuran Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang dijadualkan berlangsung pada 8 November depan.
Sebagai pengiktirafan terhadap kebangkitan filem genre aksi, Anugerah Aksi & Lagak Ngeri Terbaik dipertandingkan untuk mengangkat keberanian dan kesungguhan anak seni dalam melakonkan babak sebegitu.
Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, ia juga akan menjadi penghargaan buat pengkarya selepas meraih pencapaian nilai tontonan tinggi menerusi filem-filem yang mempamerkan babak aksi.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, umum pengiktirafan terhadap kebangkitan filem genre aski.






