SELEPAS menerima sambutan luar biasa daripada penonton, drama popular Taxi Driver kini kembali dengan musim ketiga yang dijadualkan menemui penonton pada suku keempat 2025.
Musim ketiga ini masih mengekalkan Lee Je Hoon dalam watak ikonik Kim Do Gi iaitu seorang pejuang keadilan yang bijak dan berani.
Diarahkan oleh Kang Bo Seung, musim terbaru ini turut menyaksikan kemunculan semula barisan pelakon utama seperti Kim Eui-sung, Pyo Ye-jin, Jang Hyuk-jin, dan Bae Yoo-ram yang akan menyinari siri ini.

Lee Je Hoon kekal dengan watak ikonik.






