Hiburan

Filem adiwira Malaysia tak gagal, Ahmad Idham kata Superman dan Batman pun ambil masa lama sebelum berjaya

MESKIPUN filem animasi adiwira dilihat lebih mendapat tempat di hati penonton tempatan berbanding filem aksi lakonan sebenar, pengarah Dr Ahmad Idham tetap menyokong dan memuji usaha produksi tempatan yang berani menghasilkan karya bergenre tersebut.

Menurut Idham atau nama sebenarnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 51, penerimaan terhadap filem adiwira bukan mudah, bahkan industri luar negara juga memerlukan tempoh yang panjang sebelum genre itu benar-benar diterima khalayak.

Idham percaya filem adiwira di Malaysia ambil masa sebelum diterima.

“Kita perlu puji usaha produksi tempatan yang cuba menghasilkan filem adiwira kerana ia bukan perkara mudah. Filem sebegini memang ambil masa sebelum berjaya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh