SAINGAN Liga Super Malaysia bukan lagi seperti dahulu dan dalam usaha menyaingi kelab serantau serta melonjakkan mutu permainan, beberapa kelab utama tempatan kini tidak teragak-agak membelanjakan jutaan ringgit untuk mendapatkan khidmat pemain bertaraf antarabangsa.
Fenomena ini dapat dilihat jelas menerusi kemasukan pemain-pemain import berprofil tinggi ke dalam Liga Malaysia, khususnya oleh pasukan yang memiliki keupayaan kewangan kukuh seperti Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pelaburan besar itu bukan sekadar untuk meraih kejayaan di peringkat domestik, malah menjadi strategi jangka panjang untuk membentuk pasukan lebih kompetitif di pentas Asia seperti saingan Liga Juara-Juara AFC.








