PENYERANG Liverpool, Diogo Jota, 28, dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya di Zamora, Sepanyol pada Khamis.
Media Sepanyol, Marca mendakwa pemain antarabangsa Portugal itu terlibat dalam perjalanan bersama adiknya, Andre, 25, yang juga meninggal dunia apabila kereta mewah mereka terbabas dan terbakar.
Satu hantaran di X daripada Majlis Provinsi Zamora menulis ‘dua orang muda telah meninggal dunia dalam kemalangan di A-52 (Palacios de Sanabria)’.
BACA LAGI: Kecewa tawaran gaji Liverpool, bek kental patut pergi Man United berbanding pilih Real Madrid
BACA LAGI: Liverpool tak minat, Man United lega ada kelebihan ikat Viktor Gyokeres
Untuk info, penyerang berusia 28 tahun berkenaan baru sahaja berkahwin dua minggu lalu dengan pasangan iaitu Rute Cardoso dengan Jota juga meninggalkan tiga orang anaknya.
Pemain yang juga merupakan watak penting skuad Portugal itu menyertai Liverpool pada 2020 selepas menonjol bersama Wolves, dan segera menjadi tonggak penting dalam skuad The Reds.
Sumbangannya membantu Liverpool meraih kejuaraan Piala FA pada tahun 2022, selain membawa pasukan itu ke posisi naib juara dalam Piala EFL dan Liga Juara-Juara pada musim yang sama.





