ANAK kepada pelakon Dharma Harun iaitu Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman memohon jasa baik pemilik rumah memahami keadaan mereka yang memerlukan sedikit masa bagi melangsaikan bayaran sewa.
Syafiq, 36, berkata, sebagai seorang pelajar dia tidak mampu melunaskan bayaran sewa dalam masa singkat, tambahan pula pemilik rumah itu didakwa tidak mahu memberi kerjasama.
“Tak minta banyak, minta tuan rumah faham. Baitulmal nak tolong bayarkan pun dia tak nak kerjasama.








