PELAKON dan penyanyi Abby Abadi hilang sabar apabila sebuah syarikat tekstil didakwa gagal menyiapkan tempahan tudung bagi perniagaan anak perempuannya, Marrisa Dania Hakim mengikut tempoh yang ditetapkan.
Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata, sebelum ini pihaknya dimaklumkan proses menyiapkan tempahan itu dilakukan selama dua minggu namun selepas dua bulan hasil produk yang dijanjikan itu masih tiada.
Kata Abby, syarikat tekstil tersebut mahu membayar semula wang deposit yang dibuat sebanyak RM9,900 tetapi pelbagai alasan diterima.







