PROGRAM Healing Kuala Loco yang berlangsung meriah di Stadium Kuala Lumpur pada Ahad lalu menjadi tumpuan apabila menghimpunkan beberapa persatuan permotoran aktif dari sekitar ibu kota.
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang program tersebut, termasuk pameran motosikal, sesi perkongsian ilmu keselamatan jalan raya, serta persembahan hiburan yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung pelbagai lapisan umur.
Difahamkan, tujuan utama acara itu adalah untuk menyatukan komuniti permotoran sambil menyampaikan mesej positif berkaitan keselamatan, kesedaran kesihatan mental dan kepentingan gaya hidup sihat.





