LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) menyatakan pendatang baharu Liga Super bagi kempen akan datang, Imigresen FC masih belum memperoleh gelanggang sendiri bagi saingan musim depan.
Jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan pengelola itu, Shazli Shaik, kelab tersebut perlu membuat keputusan segera, iaitu sebelum Sabtu kerana kelab lain sudah hampir memberi keputusan akan hal tersebut.
“Kita belum mendapat sebarang respons daripada Imigresen FC yang sebelum ini menamakan Stadium Darul Aman, Kedah sebagai ‘home’ pasukan. Namun, kita dengar bahawa venue itu tidak boleh digunakan.






