Sukan

[VIDEO] Prospek regu wanita negara anggap Asics Masiswa persediaan ke Kejohanan Remaja Asia  

PEMAIN badminton kebangsaan, Clarissa San Yee Wen menyifatkan penyertaannya dalam Piala Asics Masiswa 2025 sebagai satu pengalaman yang berharga dan penting dalam persiapannya menghadapi Kejohanan Remaja Asia akan datang.

Clarissa yang juga prospek muda dalam acara regu wanita negara berkenaan berkongsi keterujaannya menyertai Piala Asics Masiswa 2025 yang berlangsung di Taylor’s University di Subang Jaya, Selangor dari 26-28 Jun 2025.

Pemain berusia 19 tahun itu menjuarai kategori beregu wanita dan dinobatkan sebagai naib johan untuk acara beregu campuran dalam kejohanan yang disertai 350 pemain dari 26 universiti swasta berkenaan. 

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh