Sukan

[VIDEO] Bukan hanya rakyat Malaysia, ‘mat saleh’ melompat gembira lihat kemenangan Qabil Irfan di Barcelona

WALAUPUN sudah hampir seminggu berlalu, kemenangan pelumba berbakat negara, Qabil Irfan Azlan masih menjadi bualan dalam kalangan peminat sukan tanah air dengan video kemenangannya diulang-ulang di media sosial.

Qabil Irfan mencipta sensasi di pentas antarabangsa apabila meraih kemenangan bergaya dalam Perlumbaan 2 Pusingan Kedua Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2025 di Litar Catalunya, Barcelona, Sepanyol pada Sabtu lepas (22 Jun 2025). 

Lebih manis, kejayaan itu membolehkan lagu Negaraku sekali lagi bergema di bumi Sepanyol selepas Qabil Irfan menamatkan perlumbaan yang berlangsung sengit dengan kelebihan hanya 0.01 saat (s) di hadapan pencabar terdekatnya, Nicola Miroslavov dari Bulgaria.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh