PELAKON Imran Aqil memaklumkan anak perempuannya, Nur Yusra terpaksa dimasukkan ke hospital pada Khamis kerana dijangkiti Covid-19 walaupun belum mencecah usia dua bulan.
Imran atau Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 26, berkata, pada mulanya dia menyangka anaknya itu menghidap bronkitis kerana mengalami masalah selesema dan hidung tersumbat selama beberapa hari.
Melihatkan keadaan semakin teruk, Imran dan isteri yang juga personaliti media sosial Dahlia Rizal membawa Yusra ke hospital untuk mendapatkan rawatan.







