Hiburan

Jadi saksi pengorbanan Bella buat Syed Saddiq, doktor tulis surat terbuka ‘ugut’ mahu rampas Muar jika tak kahwin

SEORANG individu bernama Dr Azhari Zhahir menulis surat terbuka kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, meluahkan harapan agar beliau menjadikan penyanyi dan pelakon Bella Astillah sebagai pendamping hidupnya.

Menurut Azhari, dia menjadi antara saksi kepada pengorbanan dan sokongan tidak berbelah bahagi Bella terhadap Saddiq, bukan sahaja ketika senang, malah saat berdepan detik sukar sepanjang kes perbicaraan.

"Izinkan saya menulis warkah ini bukan sebagai rakyat marhaen semata-mata, tetapi sebagai saksi diam pada sebuah kisah cinta yang kami semua tumpang harap akhirnya bersulam akad.

Syed Saddiq dan Bella ketika mendaki Gunung Kinabalu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh