Sukan

Tiga suspek termasuk 2 wanita ditahan sekitar JB, Gemenceh bantu kes bunuh pelajar universiti di Cyberjaya

POLIS menahan tiga individu bagi membantu siasatan susulan kes penuntut universiti yang ditemukan maut disyaki dibunuh di sebuah kondominium di Cyberjaya, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, tangkapan terhadap seorang lelaki dan dua wanita berumur 19 hingga 20 tahun itu dibuat semalam dan awal pagi Jumaat antara pukul 9 pagi hingga 2 pagi.

“Tangkapan dibuat di sekitar kawasan Johor Bahru, Johor, dan Gemencheh, Negeri Sembilan, dalam masa 48 jam setelah laporan polis diterima. Kesemua yang ditahan dipercayai mengenali mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh