PELAKON Nam Ron hampir menolak tawaran untuk berlakon dalam teater Persiapan Seorang Aktor kerana mempunyai ketakutan ketika berada di atas pentas (stage fright).
Nam Ron atau Shahili Abdan, 55, berkata ketika dihubungi pengarah Syahrul Musa untuk menawarkan peluang berlakon teater, dia tidak mampu memberikan jawapan kerana memikirkan trauma yang dihadapinya.
“Saya sebenarnya tidak suka berada di atas pentas, lebih-lebih lagi bila orang tengok saya.







