ANGGOTA kumpulan Elite, Azza Zawari tidak mahu mengambil pusing mengenai komen-komen negatif yang diterima sejak pengumuman konsert kumpulan berkenaan pada September depan.
Azza atau Nor Azzarima Zawari, 48, berkata, dia dan Elite menjadikan setiap komen negatif sebagai pembakar semangat untuk memberikan persembahan terbaik.
Kata Azza, kecaman diterima juga sedikit sebanyak memberi peringatan kepada Elite supaya tidak terlalu selesa dengan peluang yang dikecapi.







