TONGGAK tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada Harimau Selatan selepas sedekad bermain untuk kelab gergasi Liga Malaysia (Liga M) tersebut.
Menerusi pengumuman kelab pada minggu lepas, pemain berusia 37 tahun berkenaan diletakkan bersama 11 orang pemain yang tidak berada dalam perancangan JDT untuk kempen Liga M musim 2025/2026.
Susulan pengumuman tersebut, ramai penyokong Harimau Selatan menyuarakan pandangan mereka mahu menyaksikan Safiq untuk kekal bersama juara 11 kali Liga Super berturut-turut itu dengan menyertai staf kejurulatihan.






