REVOLUSI Harimau Malaya kini sedang berjalan dengan baik apabila skuad kendalian Peter Cklamovski berjaya meraih dua kemenangan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027.
Dengan kehadiran beberapa nama-nama pemain warisan baharu, belum ada tanda-tanda revolusi itu akan berakhir dalam masa terdekat.
Hal ini kerana, masih ramai pemain yang beraksi di luar negara sudah mula dikenal pasti mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.






