PENANG FC melaung amaran awal kepada pencabar Liga Super musim 2025/2026 dengan memperkenalkan pemain sayap sensasi dari Bosnia, Danilo Sipovac sebagai import baharu mereka.
Sipovac, 25, yang terkenal dengan kelajuannya, disifatkan sebagai antara pemain sayap terpantas di Eropah ketika ini dengan catatan kelajuan maksimum mencecah 36 kilometer sejam (km/j), hanya 2km/j di belakang bintang sensasi Perancis dan Real Madrid, Kylian Mbappe.
Kehadirannya dijangka memberi lonjakan besar kepada kekuatan bahagian serangan Harimau Kumbang menjelang musim 2025, apatah lagi dia tampil cemerlang musim lalu bersama BSK Banja Luka dalam divisyen kedua Bosnia dengan tujuh gol dan lima assists dalam hanya 15 penampilan sebagai kesebelasan utama.






