SEHINGGA hari ini, nasib pemain paling bernilai Liga Super, Jalil Elias bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menimbulkan tanda tanya kerana dia hanya mencatatkan satu penampilan setakat ini.
Dia yang diturunkan dalam aksi pembuka tirai kempen lalu kemudian dipinjamkan semula ke Argentina untuk menyertai Velez Sarsfield dengan dia berjaya membantu kelab tersebut menjulang kejuaraan liga.
Bagaimanapun, usahanya untuk terus kekal di Amerika Selatan tidak kesampaian apabila rundingan kedua-dua pasukan tidak membuahkan hasil, sekali gus menyaksikannya kembali ke pangkuan skuad Harimau Selatan.







