HUBUNGAN mesra antara pelakon Aniq Suhair dan Azeva Natassha menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila mereka dikatakan sedang dilamun asmara.
Azeva yang juga anak kepada penerbit Datuk A. Aida, bagaimanapun menepis dakwaan tersebut dan menjelaskan mereka hanya berkawan rapat meskipun ibunya cuba ‘kenenkan’ mereka.
Menurut Azeva, A. Aida sangat menyenangi peribadi Aniq yang disifatkan sebagai lelaki baik dan ‘gentleman’ .







