JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bakal menguji kekuatan mereka berdepan kelab LaLiga, Levante UD dalam aksi pramusim yang akan berlangsung di Sepanyol bermula 3 hingga 22 Julai ini.
Perkara itu diumumkan kelab Harimau Selatan menerusi satu kenyataan rasmi di Facebook, sekali gus mengesahkan kem latihan pramusim mereka akan berlangsung di Eropah sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia dan peringkat antarabangsa musim ini.
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim akan menentang kelab La Liga, Levante UD semasa kem pramusim Harimau Selatan di Sepanyol dari 3 hingga 22 Julai.





