JADUAL bagi musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah pun diumumkan pada Rabu dengan kesemua 20 kelab sudah mengetahui siapakah lawan mereka.
Beberapa kelab seperti Manchester United, Liverpool dan Arsenal mempunyai lima aksi pertama yang menarik untuk disaksikan. Persoalannya, berapakah mata yang akan mereka kutip daripada lima aksi itu?
Majoriti bertanya kepada ChatGPT untuk melihat berapakah mata akan diperoleh setiap kelab dan di kedudukan berapa akan mereka huni selepas lima perlawanan pertama.








