PENGACARA dan pelakon Fikry Ibrahim terus melangkah pergi meninggalkan studio sebaik sahaja selesai mengendalikan rancangan Melodi pada malam Khamis.
Walaupun pengamal media sudah lama menunggu untuk mendapatkan penjelasan, Fikry atau Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, sekadar menyapa sambil memohon maaf kerana enggan mengulas lanjut mengenai kemelut rumah tangganya.
"Maaf semua. Terima kasih datang. Saya dah beritahu semua dalam Melodi tadi," katanya kepada mStar.

Fikry terus bergegas pulang.






