PELAKON Afifah Nasir berkongsi khabar gembira apabila bakal menimang cahaya mata lelaki.
Afifah atau Nur Afifah Nasir, 32, berkata dia dan suami iaitu Syed Hariz sudah lama mengimpikan untuk dikurniakan cahaya mata lelaki.
Katanya, dia dan suami tidak menyangka apabila doa dipanjat mereka dimakbulkan Allah SWT.

Sekitar majlispengumuman jantina atau ‘gender reveal’ bayi Afifah.






