Sukan

‘Ada aku patahkan cermin mata kau?’, Akhyar Rashid ‘koyak’ lepas fans tegur jaga tempat dalam Harimau Malaya

PENYERANG sayap Harimau Malaya, Akhyar Rashid dilaporkan ‘naik angin’ terhadap seorang penyokong bola sepak tanah air selepas individu berkenaan menegurnya untuk terus menjaga kualitinya jika terus mahu menyarung jersi Malaysia.

Menerusi ruangan komen di Instagram Akhyar, penyokong dengan nama akaun emierdanish02 berkenaan menulis ‘gambar bukan kaleng-kaleng. Kalau tidak boleh pertahankan tempat di skuad Harimau Malaya, ucap selamat tinggal kepada panggilan pasukan kebangsaan’.

Komen tersebut ditulis pada hantaran terbaharu Instagram pemain Terengganu FC (TFC) itu, yang menyaksikan Akhyar berkongsi foto menghadiri acara fesyen bersama isterinya iaitu Eyka Farhana atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.