Sukan

Terengganu sambung lagi pinjam Azam Azmi, buang 9 pemain termasuk 5 import

TERENGGANU FC (TFC) mengesahkan melepaskan sembilan pemain mereka dengan lima daripadanya adalah pemain import dan selebihnya tonggak tempatan menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) pada kempen 2025/2026. 

Antara pemain musim lepas yang tidak lagi bersama Terengganu FC adalah Muhammd Safawi Rasid, Mohd Nor Hakim Hassan, Ismaheel Akinade, Manuel Ott, Ivan Mamut, Nelson Bonilla, Muhammad Syafik Ismail, Muhammad Syaiful Haqim Shahrul dan Argzim Redzovic.

Susulan seramai sembilan pemain dilepaskan itu, Terengganu akan membawa masuk dua orang pemain tempatan serta lima pemain import bagi jendela perpindahan pertama 09 Jun hingga 31 Ogos 2025 untuk memperkuatkan pasukan bagi saingan musim baru. 

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.