PROSPEK bola sepak negara, Ibrahim Manusi mengambil langkah berani dalam kariernya apabila menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) berikutan masa depan Sri Pahang FC yang semakin kelam ketika ini.
Anak jati Paya Jaras, Selangor tersebut diumumkan sebagai rekrut ketiga skuad Harimau Selatan bagi jendela perpindahan kali ini selepas turut mengalu-alukan kehadiran Cristian Glauder dan Jairo da Silva.
Bagaimanapun, tumpuan orang ramai pasti diberikan terhadap kehadiran Ibrahim kerana dia merupakan satu-satunya bintang lokal dibawa masuk setakat ini dengan usianya juga masih muda.








