DALAM tempoh 12 tahun bergelar anak seni, pelakon Mimi Lana pernah dibelenggu rasa keliru terhadap arah tuju kerjaya dalam dunia lakonan suatu ketika dahulu.
Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abdiin, 30, berkata dia menerima pelbagai saranan orang dalam industri sehingga timbul keraguan terhadap pilihan kariernya.
“Beberapa tahun yang lalu, saya pernah keliru tentang arah tuju kerjaya saya. Di manakah tempat saya dalam industri ini? Patutkah saya fokus pada drama TV? Filem arus perdana? Atau karya indie?

Mimi tak mudah terpengaruh dengan kata orang.






