BAKAL muncul dengan filem terbaharu berjudul Impak Maksima 2, pengarah Dr Ahmad Idham menyifatkan karya ini menjadi penentu sama ada dia masih relevan dalam industri perfileman ataupun sebaliknya.
Idham atau Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 51, berkata, penglibatannya dalam filem tersebut menjadi pertaruhan terbesar untuk menentukan nasibnya sebagai seorang pengarah.
“Bagi saya filem Impak Maksima 2 ini adalah karya yang paling kritikal untuk menentukan masa depan dalam industri.







