Sukan

[VIDEO] Mat Don semakin gembira, watak penting Jerman belasah United Kingdom 10-1

PEMAIN naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi kelihatan lebih gembira selepas meninggalkan Liga Malaysia (Liga M) pada penghujung musim 2023 usai perkhidmatannya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dinokhtahkan.

Kali terakhir Liridon atau mesra dengan sapaan Mat Don tersebut tampil dalam saingan Liga M ketika menyarung jersi Terengganu FC (TFC) secara pinjaman daripada majikannya, JDT pada musim 2023.

Sekembalinya ke kem Harimau Selatan, khidmat pemain dari Kosovo itu tidak disambung susulan lambakan pilihan tonggak tengah di JDT dengan Liridon juga semakin kehilangan kualitinya untuk menjadi kesebelasan utama barisan kejurulatihan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh