TIDAK dapat menyembunyikan perasaan, penyanyi Nadeera Zaini berasa sedih apabila ada segelintir netizen yang mengecam dan mengherdik kerana sering menyanyikan lagu sama pada setiap persembahan.
Menyifatkan lagu Bukan Lagi Kita membawa tuah, Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 32, berkata, dia begitu menghargai karya ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh itu kerana berjaya memperkenalkan dirinya dalam industri muzik tempatan.
“Bukan Lagi Kita boleh dianggap sebagai karya pertama yang membuatkan orang ramai mula mengenali saya.

Nadeera mengakui ada membaca komen-komen netizen di media sosial.






