SELANGOR FC dijangka menerima kehadiran seorang pemain import menjelang saingan Liga Malaysia musim 2025/26, sekali gus menjadi khabar gembira buat penyokong setia Merah Kuning.
Perkembangan itu mula menjadi perbualan selepas pemerhati sukan tanah air, Fadhirul Shuhaimi, berkongsi satu hantaran di media sosial yang secara terbuka membayangkan kehadiran penyerang import baharu ke skuad Gergasi Merah dalam masa terdekat.
“Penyerang kelahiran Brazil, Chrigor Moraes dijangka memperkuatkan Selangor FC bagi harungi saingan musim 2025/26,” katanya.






