PETARUNG berpengalaman Amerika-Colombia, Diego Paez meluahkan rasa hormat dan kekaguman terhadap bintang muda tanah air iaitu Muhammad Johan Ghazali Zulfikar selepas pertemuan sengit mereka dalam aksi ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada Sabtu.
Dalam satu temu bual sejurus tamat perlawanan, Paez memuji semangat juang dan potensi besar yang dimiliki Johan Ghazali atau mesra dengan sapaan Jojo itu meskipun atlet muda berkenaan tewas dalam pertarungan tersebut.





